10 Makanan kurangkan plak lemak di arteri

1382 0 0
Home Kardiovaskular 10 Makanan kurangkan plak lemak di arteri
Published on February 12, 2020

Asparagus

Asparagus biasanya direbus atau dibuat jus.
Asparagus kaya dengan serat yang dapat melancarkan sistem pencernaan. 


Ia kaya kandungan fiber dan vitamin C, vitamin E, vitamin B6, kalsium, magnesium, protein, vitamin A, vitamin K, tiamin, riboflavin, rutin, niasin, zat besi, fosfor, potassium, tembaga, mangan, dan selenium.


Asparagus secara natural pembersih salur darah.


Mampu menurunkan tekanan darah dan menghalang pembekuan darah.

Avokado-Avocado

Kajian menunjukan ambilan avocado harian memperbaiki tahap kolestrol darah(rendahkan LDL dan naikkan HDL)

Brokolli-Brocolli

Brokolli kaya dengan Vitamin K.
Vitamin K menghalang kalsium merosakkan dinding salur darah arteri.


Fiber yang tinggi menolong mengawal tekanan darah dan kolesterol.

Kayu Manis-Cinnamon

Kayu Manis membantu mengawal paras kolestrol sambil membersihkan plak dan menghalang pembentukan plak baru.


Kayu manis adalah antioksidan yang kuat, menghalang proses oksidasi pada sistem kardiovaskular

Kranberri-Cranberries

Buah beri Kranberi merupakan buah jenis antioksidan.

Boleh mengurangkan paras LDL dan menaikkan Paras HDL
Faktanya mengurangkan sehingga 40% risiko masalah jantung.

Teh Hijau-Green tea

Teh hijau mengandungi Catechin. Catechin menghalang serapan kolestrol semasa pencernaan di sistem usus.
Minum 1 atau 2 cawan sehari teh hijau memperbaiki paras lipid dan kurangkan risiko sumbatan arteri.

Teh hijau secara natural adalah booster metabolisme badan oleh itu menolong mengurangkan berat badan dan menyokong sistem kardiovaskular.

Buah pisang Khaki mengandungi antioksidan tinggi dan poliphenol,mengurangkan LDL dan Triglyserid.

Sumber fiber tinggi dimana menolong meregulasi tekanan darah dan mengahalang pembentukan plak dlam arteri.

Delima-Pomegranate

Buah yang mempunyai ciri-ciri fitokimia(phytochemicals) yang bertindak sebagai antioksidan.
Sifat ini melindungi dinding salur darah arteri daripada rosak.
Delima merangsang hasilan nitrik oksida.Fungsinya menolong aliran darah dan membuka salurdarah arteri dengan baik.

Spirulina

Spriluna mampu mengawal paras lipid darah.

Sumber proten amino asid asas(essential amino acids) untuk fungsi kesihatan optimum.

Mampu stabilkan tekanan darah dan “relax” kan dinding arteri.

Kunyit-Tumeric

Tumerik agen anti radang yang kuat. Kunyit menghalang proses dinding arteri menjadi keras kerana sifatnya sebagai anti radang.

Menambah kunyit di dalam menu anda mengurangkan risiko kerosakan padan dindin arteri dan mengurangkan peluang darah membeku(clot)

Category :  Kardiovaskular