Kenali 7 Kebaikan Manfaat Minyak Ikan Untuk Badan

1218 0 0
Home Kardiovaskular Kenali 7 Kebaikan Manfaat Minyak Ikan Untuk Badan
Published on February 13, 2020

Apa itu Asid lemak Omega-3?

Asid lemak omega-3 ialah asid lemak penting tidak dihasilkan oleh badan anda.Oleh itu pastikan anda memperolehi sumber makanan yang kaya omega-3 dalam menu anda.
Jika tidak ambilah suplemen omega 3

Tiga jenis utama omega-3 ialah:

Asid Alfa Linolenik (ALA),
Asid Docosahexaenoic (DHA) dan
Asid Eicosapentanoic (EPA):

ALA terdapat di:

kubis daun,

bayam, 

kacang soya
chia,
flaks,
hem,
kacang walnut dan
badam.

ALA perlu ditukar menjadi EPA atau DHA sebelum ia boleh digunakan oleh tubuh manusia.

EPA dan DHA didapati dalam ikan salmon, trout, tenggiri, ikan bilis dan sardin yang memakan alga mikro.

Jika anda tidak makan banyak makanan tersebut, suplemen omega-3 bermanfaat untuk anda.

Apakah nilai dalam badan yang cukup?

Kajian di Malaysia yang mendapati bahawa tahap asid lemak omega-3 pesertanya dilaporkan berada dalam lingkungan 0.22 – 0.28% kkal Julat yang disyorkan di Malaysia iaitu 0.301-1.20% kkal.

Mengapa Omega-3 amat diperlukan?

Minyak Omega 3 atau lebih dikenali sebagai minyak ikan kaya dengan ciri-ciri antiradang.
Omega-3 menyumbang kepada manfaat kesihatan yang penting seperti:

Menambah fungsi kesihatan jantung

Asid lemak omega-3 diambil secara tetap sering dikaitkan dengan
Penambahbaikan fungsi kardiovaskular,
Membantu mengurangkan tahap trigliserida,
Membaiki profil kolesterol darah dan mengekalkan tekanan darah yang sihat.

Membantu fungsi kesihatan mata

Asid lemak Omega-3 memainkan peranan penting dalam memastikan fungsi mata yang optimum.

Menyokong fungsi otak

Asid lemak omega-3 penting untuk fungsi kognitif (ingatan dan prestasi) dan fungsi tingkah laku.

Membantu mengekalkan berat badan

Tahap asid lemak omega-6 yang tinggi dan nisbah omega-6 dan omega-3 yang tinggi dalam tubuh dikaitkan dengan peningkatan berat badan. Untuk mencegahnya dan mengekalkan berat badan sihat, adalah penting untuk mempunyai nisbah asid lemak omega-6 dan omega-3 yang seimbang.

Mengurangkan risiko sakit sendi

Kajian mendapati bahawa asid lemak omega-3 membantu mengurangkan tanda-tanda sakit sendi dan kekejangan pada waktu pagi.

Category :  Kardiovaskular