Ketahui Penyebab Tekanan Darah Rendah

1917 0 0
Home Kardiovaskular Ketahui Penyebab Tekanan Darah Rendah
Published on February 19, 2020

Apa itu tekanan darah rendah ?

Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60

Tekanan darah tidak tetap. Ianya bertukar sepanjang hari. Anda mungkin mengalami tekanan darah rendah sepanjang masa.

Anda mungkin tiada tanda-tanda atau gejala, dan tekanan darah rendah adalah normal bagi anda.

Tedapat beberapa faktor- faktor yang menyebabkan tekanan darah jatuh di bawah paras normal, sehingga mendatangkan gejala-gejala seperti pening atau pengsan.

Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah rendah ada tiga keadaan:

  1. Tekanan Darah Rendah disebabkan posisi.

Jenis tekanan darah rendah ini akan berlaku bila anda berubah posisi, bangun dari tidur atau duduk. Penurunan tekanan darah akan menyebabkan anda berasa pening atau pengsan.

Badan anda kurang cekap untuk menyesuaikan tekanan pengaliran darah dengan cepat setara dengan kedudukan badan anda.

Keadaaan ini biasanya akan berlaku hanya sekejap, dari beberapa saat ke beberapa minit selepas anda berdiri.

2. Tekanan Darah Rendah ‘Neurally Mediated’ (NMH)

Apabila otak dan jantung tidak selari berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik, anda akan mengalami gejala-gejala tekanan darah rendah

Contoh: apabila anda berdiri untuk jangkamasa yang panjang, darah mulai berkumpul di kaki anda.

Hal ini menyebabkan tekanan darah anda menurun. Dalam NMH, badan keliru dan memberitahu otak bahawa tekanan darah tinggi. Sebagai tindakbalas, otak melambatkan kadar denyutan jantung. Hal ini membuat penurunan tekanan darah yang lebih, menyebabkan pening kepala dan rasa hendak pitam.

3. Tekanan Darah Rendah Teruk berkaitan dengan Renjatan(Shock)

Renjatan atau lebih dikenali Shock adalah suatu keadaan di mana tekanan darah turun begitu rendah sehingga otak, buah pinggang dan organ-organ penting yang lain tidak dapat bekalan darah yang cukup.

Kenapa hipotensi terjadi?

Sebab-sebab hipotensi boleh berlaku ialah.

Hipotensi ortostatik

Terdapat beberapa sebab kenapa jenis hipotensi ini berlaku.

1.Kehilangan air badan yang teruk atau Nyahhidrasi

Ianya berlaku bila badan kehilangan air lebih dari yang diambil seperti demam, muntah dan cirit-birit dan berpeluh berlebihan semasa aktiviti fizikal.

 

2.Ubat-ubatan

Ubat-ubatan boleh juga meningkatkan risiko anda untuk hipotensi ortostatik.

Ubat-ubatan ini termasuk:

Ubat merawat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung:

 Diuretics atau ubat kencing

 Calcium channel blockers

 Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors

 Angiotensin II receptor blockers

 Nitrates

 Beta blockers

 Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat keadaan seperti kebimbangan,   kemurungan, mati pucuk dan gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson)

 

 3.Bahan-bahan lain

 Alkohol, barbiturat dan beberapa jenis ubat yang dibeli sendiri sekiranya diambil   dengan  ubat tekanan darah tinggi.

 

Hipotensi selepas makan (postprandial hypotension)

Hipotensi ‘postprandial’ ini akan terjadi selepas makan.

 

Hipotensi ‘Neurally Mediated’ (NMH)
 

Biasanya berlaku di dalam keadaan berikut:

 1.Berdiri untuk jangka masa lama.
 2.Kesakitan atau ketakutan yang amat sangat.

 

Hipotensi teruk berkaitan dengan Renjatan(Shock)

Keadaan ini merupakan kecemasan kesihatan. Ia memerlukan rawatan dengan segera.

Hypotensive shock terdiri daripada:

1.Renjatan septik(septic shock)
Ia terjadi kerana berlaku keracunan bakteria. Bakteria mengeluarkan toksin (racun) yang berbahaya dengan membawa kepada penurunan tekanan darah.

 

2.Renjatan Hypovolemik/Hypovolemic shock:

Kehilangan darah atau cecair dari badan yang mendadak atau banyak boleh berlaku akibat daripada:

1.Pendarahan luaran yang teruk (contohnya dari luka parah atau cedera).

2.Pendarahan dalaman yang teruk (contohnya dari pembuluh darah yang pecah atau luka yang menyebabkan pendarahan dalam badan).

3.Kehilangan cecair badan dari luka terbakar yang teruk.

4.Keradangan kelenjar pankreas yang teruk (organ yang menghasilkan enzim dan hormon seperti insulin).

5.Cirit-birit yang teruk.

6.Penyakit buah pinggang yang teruk.

7.Terlalu sering menggunakan ubat bengkak air(pil diuretik).

 

Renjatan Kardiogenik/Cardiogenic shock

1.Ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah disebabkan oleh embolisme paru-paru. serangan jantung, dan degupan jantung yang tidak teratur.

 

Renjatan bukaan arteri/Vasodilatory shock

Saluran arteri yang tiba-tiba meregang luas (‘vasodilatation’) sehingga menurunkan tekanan darah.

Hal ini terjadi kerana :

1.Kecederaan kepala yang teruk

2.Tindak balas kepada ubat-ubatan tertentu

3.Kegagalan hati

4.Keracunan

5.Reaksi alergi yang teruk (dipanggil anafilaktik shock)

Adakah anda berisiko untuk mendapat Tekanan Darah Rendah?

Hipotensi boleh berlaku kepada sesiapa tidak kira peringkat umur.

Walau bagaimanapun, ada individu dalam kumpulan usia tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat tekanan darah rendah yang tertentu:

1.Mempunyai masalah gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson)
2.Orang tua lebih cenderung untuk mendapat hipotensi ortostatik selepas makan
3.Kanak-kanak dan remaja lebih cenderung memiliki tekanan darah rendah ‘neurally mediated’
4.Kurang bergerak untuk tempoh masa yang lama(lumpuh)
5.Wanita hamil. Hipotensi semasa mengandung adalah perkara biasa dan akan pulih selepas bersalin
6.Masaalah hati
7.Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tekanan darah tinggi