Apa yang Boleh Saya Lakukan untuk Mencegah dan Merawat Mati Pucuk

1299 1 0
Home Reproduktori Apa yang Boleh Saya Lakukan untuk Mencegah dan Merawat Mati Pucuk
Published on February 6, 2020

LELAKI DAN MATI PUCUK

Tahukah anda mungkin alami mati pucuk(disfungsi ereksi),jika zakar anda sukar menegang dan keras dan tidak mampu untuk melakukan hubungan kelamin.
Anda dalam kategori menghidapi impoten(disfungsi erektil)  jika kejadian ini berlarutan selama lebih 3 bulan

Kejadian disfungsi erektil atau mati pucuk ini juga merupakan pentanda awal masalah kesihatan lain pada diri anda.

Anda mungkin memiliki disfungsi ereksi jika:

  • Mampu tegang dan keras(ereksi) kadang-kadang meskipun tidak setiap waktu.
  • Mampu ereksi, namun tidak dapat mengekalkan ketegangan.
  • Tiada langsung ereksi.

 

Adakah anda tergolong dalam kategori ini:

  • 12 peratus -lelaki yang berumur kurang 60 tahun
  • 22 peratus- lelaki berusia 60-69 tahun
  • 30 peratus-lelaki usia 70 tahun ke atas.

Apakah pilihan rawatan untuk impotensi (disfungsi ereksi) saya?

Jumpa Doktor yang anda selesa berunding. Doktor keluarga anda adalah yang baik untuk anda mengadu masalah ereksi. 

Kunjungi doktor Anda jika:

Anda susah hati tentang ereksi anda atau menghadapi masalah seksual lainnya, termasuk disfungsi ereksi, seperti ejakulasi pra matang atau terlalu lambat ejakulasi.


Anda menghidapi diabetis, penyakit jantung, atau masaalah kesihatan lainnya yang ada kaitan dengan
mati pucuk( disfungsi ereksi).


Anda mempunyai gejala-gejala lain bersama dengan disfungsi ereksi.

Apakah pilihan rawatan untuk impotensi (disfungsi ereksi) saya?

Ubat secara oral.

Ubat-ubat yang mungkin disyorkan kepada anda seperti
Viagra(sildenafil)
Vardenafil(Levitra)
Tadafil(Cialis)
Avanafil(Stendra)

Doktor anda akan mengesyorkan salah satu ubat di atas. Jika anda mengambil ubat sakit jantung Nitrat anda tidak boleh gunakan ubat-ubat ini.


Semua pil diatas berfungsi dengan mengalirkan darah ke penis.
Ubat-ubat ini tidak menyebabkan ereksi otomatik.
Doktor anda akan memberitahu masa pil ini harus di makan.

 

Rawatan hormon testeron


Rawatan hormon Testeron mungkin disyorkan jika nilai testeron anda rendah.

 

Suntikan


Ubat-ubat suntikan seperti Alprostadil disyorkan oleh doktor dan dilakukan sendiri.
Tindakan ini akan membantu meningkatkan aliran darah ke zakar, dan ereksi akan berlaku dalam masa 15 minit.
Berbeza dengan ubat makan,ereksi akan berlaku tanpa keinginan seks.

 

Pam hampagas zakar


Lelaki dengan masalah mati pucuk boleh gunakan alat vakum yang sesuai dengan penisnya. Pam ini akan mengeluarkan udara melalui tabungnya ke luar. Tabung diperbuat daripada plastik.
Darah kemudian akan tertarik ke dalam zakar, maka ereksi boleh dihasilkan.
Ini kerana adanya tekanan negatif yang berlaku pada ruangan vakum tersebut. Untuk mengekalkan ketegannga gelang getah di pasang di kawasan pangkal zakar.

 

Alat implan


Prostesis Zakar atau implan akan dsyorkan. Ddoktor bedah memasukkan rod ke dalam zakar secara kekal bagi menyelesaikan masalah ini.

 

Ubah Gaya hidup

suaian gaya hidup iaitu dengan gaya hidup sihat seperti bersenam lebih kerap,mengamalkan diet yang sihat dan menguruskan stres.

Apakah ujian-ujian yang dilakukan untuk impotensi (disfungsi ereksi) saya?

Pemeriksaan fizikal dan menjawab pertanyaan sejarah perubatan diperlukan oleh doktor untuk mengenalpasti masalah disfungsi ereksi. 


Anda mungkin memerlukan ujian lebih terperinci atau konsultasi dengan pakar urologi atau saikologi.

Ujian ujian untuk kondisi impotensi :

 

Ujian darah. 


Sampel darah anda diperiksa tanda-tanda penyakit jantung, diabetes, kadar testosteron yang rendah, dan masalah lain.

 

Ujian air kencing. 


Ujian air kencing digunakan untuk mencari tanda-tanda diabetes dan masalah lain.

 

Ujian ereksi zakar sewaktu tidur (Nocturnal Penile Tumescene – NPT) 


Lelaki normal, mereka akan mengalami ereksi sebanyak 3 – 6 kali sewaktu tidur pada waktu malam, terutamanya semasa ‘pergerakan pantas mata’ atau ‘Rapid eye movement sleep’ (REM). 


Jika ini tidak berlaku ia mungkin disebabkan oleh kerosakan urat saraf atau saliran darah ke dalam zakar.

 

Ujian boleh dilakukan dengan kaedah seperti :
 

Test Bands @ Snap Gauge
Kertas atau filem yang diletakkan pada zakar sebelum tidur.
Apabila terjaga esoknya, lihat samaada kertas atau filem tadi terputus atau koyak atau tidak,jika ya maka ereksi telah berlaku semasa tidur,jika tidak pesakit mungkin mengalami masalah mati pucuk.

 

RigiScanTM
Alat ini dipasang sebelum tidur pada zakar,ia akan merakamkan aktiviti zakar seperti bilangan ereksi dan kekenyalan zakar semasa tidur.

 

Nocturnal Electrobioimpedance Volume Assement (NEVA)TM
Alat ini dapat merekodkan aktiviti zakar sewaktu tidur seperti bilangan ereksi, jumlah darah yang keluar atau masuk ke dalam zakar,keratan rentas zakar dan panjang zakar.

 

Ujian-ujian lain


Ultrasound (USG).
Funsgi Saraf Zakar (Penile Nerve Function)
Angiogram Zakar (Penile Angigram)
Biothesiometri Zakar (Penile Biothesiometry)

 

Nilaian Saikologi


Doktor Anda mungkin bertanya beberapa soalan untuk mengenal pasti punca depresi dan penyebab saikologi lain akibat disfungsi ereksi(mati pucuk)

Apa yang Boleh Saya Lakukan untuk Mencegah dan Merawat Mati Pucuk

  • Pastikan aras glukosa dalam darah anda berada dalam kawalan yang baik.
  • Ketahui ubat-ubatan yang anda ambil.
  • Berhenti merokok! 
  • Pantau jumlah minuman beralkohol yang diminum. 
  • Kurangkan stress (tekanan). 
  • Kekal aktif secara fizikal. 
  • Tanganilah kelesuan. 
  • Tangani keresahan (anxiety) dan kemurungan. 
  • Ambillah ubat untuk merawat mati pucuk. 

Saya mempunyai pasangan hidup,apakah yang akan dihadapi?

Mati pucuk adalah masalah kepada pasangan berkahwin.Walaupun rawatan banyak tertumpu kepada pasangan lelaki anda, rawatan akan menjadi lebih berkesan sekiranya isteri turut melibatkan diri dalam proses rawatan dari peringkat awal lagi. 


Penglibatan bersama sebagai satu pasangan mampu mengurangkan stres dan kebimbangan, membantu anda berdua bercakap di antara satu sama lain. 


Berkomunikasi adalah sangat penting oleh kerana perasaan negatif yang disebabkan oleh keadaan mati pucuk sukar untuk dibincangkan. 


Isteri perlu banyak bersabar, memahami antara satu sama lain dan berhati-hati dalam usaha untuk menangani masalah ini demi mencapai hubungan yang baik dan intim.


Berikut adalah beberapa nasihat yang boleh anda ikuti:

Apabila memulakan rawatan yang baru, anda dan pasangan anda mungkin merasa tertekan untuk memulakan hubungan kelamin kembali, lebih-lebih lagi jika sudah lama tidak bersama. Anda berdua perlu banyak bersabar dalam tempoh percubaan ini.


Wujudkan kembali suasana romantik dan intim dalam hidup anda sebagai pasangan. Luangkan lebih banyak masa bersama dengan melakukan aktiviti yang anda berdua gemari.


Banyakkan sentuhan, belaian dan ciuman semasa bercumbu-cumbuan oleh kerana ini boleh membangkitkan perasaan berahi untuk melakukan hubungan intim bersama.


Yakinlah mati pucuk boleh dirawat. 


Ambil langkah pertama dengan membincangkan masalah ini bersama-sama dengan doktor anda.
Bercakap mengenai mati pucuk bukannya mudah disebabkan perasaan segan dan malu, tetapi jangan biarkan perasaan ini menghalang anda dari menikmati hubungan intim dengan pasangan anda. 


Anda perlu bekerjasama rapat dengan doktor yang merawat diabetes anda untuk mengawal penyakit anda demi mengelakkan mati pucuk dan menghalang keadaan ini mengganggu hubungan intim dengan pasangan anda.