Punca lelaki tewas awal-ejakulasi pra matang

2367 0 0
Home Reproduktori Punca lelaki tewas awal-ejakulasi pra matang
Published on February 6, 2020

“Kenapa saya cepat doc, hanya dirangsang je pun,  Sebelum ni ok saje. Kenape ye doc?

Harap boleh bantu saya” 

Ejakulasi awal atau ejakulasi pramatang merujuk kepada keaadaan di mana ejakulasi berlaku terlalu awal ketika melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.
Mereka menyebutnya sebagai “pancut awal”.
Masalah ini jarang dibincangkan oleh lelaki berbanding masalah mati pucuk.

Mari kita kenali lebih lanjut berkenaan pancut awal atau ejakulasi pramatang.

Apa itu ejakulasi pramatang?

Ejakulasi awal merujuk kepada:

Keadaan di mana pancutan air mani dari zakar atau proses ejakulasi berlaku sebelum penetrasi zakar ke dalam faraj

atau

Dalam masa tempoh seminit penetrasi berlaku.

atau

Merujuk kepada ketidakupayaan untuk melewatkan ejakulasi dalam apa keadaan sekali pun dan akibatnya berlaku kekecewaan,keresahan dan ketidakpuasan kepada kedua-dua pasangan atau salah seorang dari mereka dalam melakukan hubungan kelamin.

Apakah Kriteria-kriteria digunakan untuk menerima rawatan:

 

Mengalami ejakulasi kurang daripada 1 minit ketika melakukan seks
Masalah ini berlaku lebih daripada 6 bulan
Masalah tersebut mendatangkan rasa tertekan kepada individu tersebut
Masalah tersebut tidak berkaitan dengan penyakit lain ataupun pengambilan ubat-ubatan

Kerapkah masalah ini timbul?

 

Pancut awal merupakan keadaan yang kerap berlaku. Masalah berkaitan ejakulasi awal kini terjadi kepada hampir tiga dalam setiap sepuluh orang individu lelaki. 

Satu pertiga dari kumpulan ini mengalami masalah mati pucuk. 

Namun, sedikit sahaja yang hadir ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

2 jenis Ejakulasi pramatang:

 

Ejakulasi pramatang seumur hidup

Perkara ini berlaku dari mula lagi melakukan hubungan seks dengan pasangan.
Ia mungkin disebabkan selalu melakukan onani ketika zaman remajanya ataupun disebabkan kerisauan yang teruk berkenaan masalah ejakulasi pramatang.

Ejakulasi pramatang baru
Mereka tidak mempunyai masalah ejakulasi pramatang.
Akan tetapi ia berlaku ketika meningkat umur.

Akibat Pancut Awal kepada pasangan rumah tangga

Stress pada prestasi hubungan seks juga boleh menyebabkan masalah ini menjadi lebih teruk terutamanya mereka yang mengalami masalah mati pucuk ataupun tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar pada waktu yang lama.

Ini menyebabkan seseorang itu terburu-buru untuk mencapai ejakulasi sebelum sempat pasangannya mencapai klimaks.

Ia juga mungkin disebabkan pasangannya susah untuk mencapai klimaks dengan melakukan hubungan seks tetapi lebih mudah dengan melakukan stimulasi Clitoris.

Setiap pasangan perlulah berkomunikasi kepada satu sama lain supaya setiap daripada mereka dapat mencapai klimaks dan berpuashati

Rawatan Pancut Awal

Untuk mereka yang mengalami masalah ejakulasi pramatang berserta dengan mati pucuk, rawatan terhadap mati pucuk haruslah diberikan terlebih dahulu.

Kaedah tanpa ubat:

Pelbagai pilihan rawatan yang boleh disyorkan kepadamereka yang mempunyai masalah ejakulasi pra matang.
Ini termasuk terapi seksual, ubatan dan psikoterapi.

Beberapa langkah mudah yang boleh diambil sebagai langkah permulaan untuk merawat masalah ini:

Kaedah masturbasi 

Ini termasuk melakukan masturbasi beberapa jam sebelum hubungan seks.
Ini boleh membantu memanjangkan tempoh penetrasi.

Kaedah picit

Teknik di mana apabila seseorang hampir sampai ke tahap ejakulasi, stimulasi seksual perlu dihentikan dan tumpuan perlu dialihkan ke tempat lain. Teknik seperti squeeze technique dan teknik start–stop boleh dipelajari tetapi memerlukan masa dan komitmen dari pasangan.

Senaman Kegel(senaman otot pelvis)

Senaman otot pelvis atau senaman Kegel dapat membantu dalam masalah ini.

Mengurangkan sensitif zakar

Menggunakan kondom dapat mengurangkan sensitif dibahagian kepala zakar
Ia berfungsi supaya zakar tidak terlalu sensitif dan menyebabkan ejakulasi berlaku terlalu awal. .

Terdapat kondom yang diletakkan ubat benzocaine yang berfungsi untuk mengebaskan zakar.

Senaman Kegel(senaman otot pelvis)

Senaman otot pelvis atau senaman Kegel dapat membantu dalam masalah ini.
Untuk mengetahui bagaimana untuk melakukan senaman tersebut, anda boleh cuba untuk memberhentikan air kencing anda.

Perbuatan ini juga dipanggil sebagai mengemut atau kemut dan otot yang digunakan untuk memberhentikan air kencing tersebut adalah otot pelvis anda.

Anda boleh melakukan senaman tersebut seperti ini:

Ketatkan otot pelvis anda dan bilang sampai nombor 3
Kemudian relakskan otot tersebut dengan bilangan 3
Lakukan perkara ini beberapa kali dalam sehari. Idealnya adalah 10 kali dalam sehari.
Latihan otot pelvis mengambil masa beberapa minggu dan bulan untuk menunjukkan hasilnya bergantung kepada punca masalah Ejakulasi pramatang.

Mengurangkan sensitif zakar
Menggunakan kondom dapat mengurangkan sensitif dibahagian kepala zakar
Ia berfungsi supaya zakar tidak terlalu sensitif dan menyebabkan ejakulasi berlaku terlalu awal. .

Terdapat kondom yang diletakkan ubat benzocaine yang berfungsi untuk mengebaskan zakar.

Kaedah Ubat Dan Krim

Beberapa jenis ubatan dan krim boleh digunakan untuk memanjangkan tempoh penetrasi.

Kaedah Ubatan

Ubat secara Oral

Antidepressants (Selective Serotonin Reuptake Inhibitors) digunakan untuk merawat masalah ejakulasi pra matang.
Selective Serotinin Reuptake Inhibitors(SSRI) boleh melambatkan tempoh untuk ejakulasi.

Contoh ubatan yang boleh digunakan adalah sertaline
(Zoloft).
paroxetine (Paxil).
Fluoxetine (Prozac) dan
Dapoxetine (Priligy).

Ubat- ubatan ini mempunyai kesan sampingan seperti loya, mengantuk dan kering mulut.

Ubat ini dibawah ubat kawalan dan hanya boleh diperoleh selepas berjumpa dengan pakar urologi atau pakar psikiatri.

Sapuan krim

Krim yang mengandungi bahan untuk memberi kesan kebas (topical anaesthetic cream) juga boleh digunakan untuk merawat masalah ini.
Konsep krim ini adalah untuk menimbulkan rasa kebas di bahagian kepala zakar.

Krim ini berkesan terutama bagi mereka yang mempunyai kepala zakar yang sensitif .
Krim ini perlu disapu di kepala zakar beberapa minit sebelum hubungan seksual dan perlu dibasuh terlebih dulu sebelum penetrasi.
Jika memakai kondom, krim ini boleh diletakkan dalam kondom.

Kadang-kadang ada yang mengalami alahan kepada krim ini. Krim ini boleh didapati di farmasi. Jenis yang sering digunakan ialah lignocaine gel atau SS cream.
Ada juga yang mengadu krim ini apabila digunakan, kenikmatan hubungan seksual berkurangan.

 

Terapi saikologi


Rawatan psikoterapi mungkin juga diperlukan.
Ini terutama bagi mereka yang mempunyai masalah hubungan suami isteri atau masalah anxiety atau tekanan yang membawa kepada ejakulasi pra matang.

Keseronakan dinikmati bersama-sama

Masalah ejakulasi pra matang ini membawa kepada pelbagai masalah terutama apabila berumah tangga.
Namun, seperti yang saya terangkan, ada pelbagai rawatan yang boleh diberi untuk mengatasi masalah ini.

Anda tidak keseorangan dalam menghadapi masalah ini.
Satu kajian yang dikendalikan di Malaysia, mendapati 29 peratus dari lelaki dari peringkat umur 18 tahun hingga 65 tahun menghadapi masalah pancut awal

Apa yang anda perlu lakukan ialah berjumpa dengan doktor atau pakar urologi untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

Category :  Reproduktori